Feb 21, 2015

Masalah Kesuburan, Kehamilan yang dinanti

Assalammualaikum semua
Alhamdulillah. Agak mengejutkan tapi yes.. Yana mengandung lagi..! Anak ke 6.

Terkejut tak? Terkejut tak? hahaha
Alhamdulillah. Ramai yang berusaha untuk hamil di luar sana tetapi diri ini sangat lah mudah untuk hamil. Ia adalah satu rahmat untuk seorang wanita apabila mudah hamil.

Tetapi bagaimana pula wanita yang sukar hamil?

Untuk adik-adik dan kakak-kakak di luar sana, jangan bersedih jika anda belum hamil. Selepas 1 tahun perkahwinan, tetapi masih belum dikurniakan zuriat, pastikan anda lalukan langkah-langkah berikut.

BUAT PEMERIKASAAN DOKTOR
Jumpa lah doktor pakar untuk memastikan tahap kesihatan anda. Pujuk lah suami untuk menjalani pemeriksaan juga.

LAKUKAN PEMERIKSAAN HORMON
Jika secara fizikal tiada masalah, lakukan pemeriksaan paras hormon anda dan suami. Ini penting supaya anda berdua tahu apa langkah seterusnya yang perlu diusahakan.

JALANI RAWATAN
Jika pemeriksaan mendapati terdapat kekurangan kandungaan hormon pada anda atau suami, jalanilah rawatan hormon samada melalui pil atau suntikan. Rawatan kesuburan yang disyorkan oleh doktor seperti IUI, Penggunaan Pil Hormon dan IVF juga boleh dicuba bergantung kepada bajet anda. 

MASALAH KESUBURAN
Terdapat juga beberapa masalah kewanitaan yang kebelakangan ini sering menghantui wanita. Contohnya PCOS, CYST, FIBROID, ENDOMETRIOSIS. Sila dapatkan rawatan jika anda mempunyai masalah berikut.

KURANGKAN TEKANAN
Normal lah untuk orang luar akan bertanya "Bila nak dapat anak?"
Tekanan datang bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam. Samada keluarga,, suami atau diri sendiri. Pastikan anda kurangkan tekanan. Jangan stress kerana ia akan memburukkan lagi masalah kesuburan dan mengganggu rawatan anda.

KURANGKAN BERAT BADAN
Dalam kebanyakan kes yang kami jumpa, wanita yang mempunyai berat badan berlebihan lebih berisiko untuk mempunyai masalah kesuburan. Jadi jika anda mempunyai masalah berat badan, berusahlah untuk kurangkan. Selain meningkatkan peluang kehamilan, anda juga sekaligus menyediakan diri dengan kondisi tubuh yang sesuai untuk hamil. (psttt. trust me.. kalau start hamil badan dah berat.. apatah lagi semasa akhir kehamilan nanti. penat tau)

AMALKAN PEMAKANAN SIHAT
Dari sekarang, anda dan suami perlu amalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan makanan berkolestrol tinggi terutamannya makanan segera. Makan lah banyak sayuran hijau dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan gula, minyak dan lemak lagi-lagi jika keluarga anda mempunyai sejarah diabetes dan darah tinggi. Tahukah anda, apabila hamil,, risiko untuk mengalami darah tinggi atau kencing manis juga tinggi. Lebih-lebih lagi untuk anda yang tidak menjaga pemakanan.

AMBIL FOLIC ASID DAN ZAT BESI
Sediakan juga tubuh anda dengan nutrisi asas untuk kehamilan dan pembentukan bayi. Supplemen asid folik penting untuk pembentukan tiub nueral dan mengelakkan kecacatan bayi. Zat besi pula penting untuk pembentukan sel darah merah. Apabila anda hamil, sedari mula lagi, peredaran darah akan berganda, pada tubuh sendiri, disalurkan kepada tali pusat dan plasenta(uri) dan seterusnya kepada bayi.

DOA DAN USAHA
Jangan berhenti untuk berdoa supaya dikurniakan zuriat. Berdoalah bersama-sama suami. Minta ibu dan ayah serta mertua doakan juga. Dan sangat disyorkan jika anda bersama suami setiap 2 hari sekali. hehe.

BERSEDIA
Banyak kes yang yana jumpa, suami dan isteri sebenarnya masih belum bersedia untuk mempunyai anak. Samada sibuk dengan urusan kerjaya atau masih belum puas enjoy kehidupan sebagai suami isteri, atau masih belum bersedia untuk menjadi ayah dan ibu. Tanya diri anda dan suami, apakah anda sudah bersedia? Ingat, anak itu amanah Allah. Allah akan beri bila sampai masanya nanti.

Disamping usaha-usaha mendapatkan rawatan, anda juga boleh mencuba rawatan alternatif. Banyak testimoni SET KESUBURAN SHAKLEE yang telah berjaya.
Rawatan menggunakan SUPPLEMEN sudah tentu mengambil masa. Dan, Yana cadangkan anda dan suami sama-sama mengamalkan supplemen yang disyorkan.
Supplemen apa yang sesuai untuk anda?
Hubungi yana untuk consultation.
Master Lyana Mansor
fb: Lyana Mansor
page: Lyana: Kedai Sihat Saya
SMS|Whatsapp| Telegram: 012-7470856

InshaaAllah Yana akan bantu anda dan sama-sama kita usahakan mendapat Kehamilan yang Dinanti.

No comments:

Post a Comment

POPULAR POST