Apr 1, 2019

PERMULAAN BARU


Assalamualaikum semua

Alhamdulillah, 
masih diberi peluang hidup saat ini.
Pagi ini. 

Hari ini juga adalah permulaan cycle baru untuk warga Shaklee.
Maknanya tahun perniagaan Shaklee bermula pada April setiap tahun. 



Cycle baru
Azam baru
Semangat baru
Impian baru
Target baru

Impian aku tahun ini, 
untuk membawa bersama anak-anak cucu #dgemsempire ke Korea. Tentunya dengan tajaan sepenuhnya, PERCUMA dari #Shaklee.
Bisnes Shaklee, Percutian PERCUMA, Korea 2019


Aku nak, anak-anak cucu Shaklee aku rasa apa yang selalu aku rasa bila ikut trip percutian 5 Bintang Shaklee. 

Jommm korang.. 

Semoga dipermudahkan urusan kita semua Aminn
#kakMelShaklee
#shakleeNewCycle

Mencari Supplemen? 
Mencari Shaklee? 
Mencari Supplemen Keluarga? 
Nak Mulakan bisnes tanpa modal? 

Hubungi Kak Mel ya



Mar 31, 2019

TERIMA KASIH ITU MAHAL

Assalamualaikum semua
Harini kami di Johor dah mula semula sesi persekolahan setelah cuti 2 minggu (cuti bencana Dan cuti sekolah) 

Sebelah cuti haritu sekolah kami dah mula exam. Jadi anik cuti ni biasa lah agihkan kertas jawapan pelajar. 

Tadi, semasa aku berikan markah, ada budak cakap TERIMA KASIH CIKGU sebab dia lulus exam sains. Sebelum ni dia tak pernah lulus. 

Ohoiiii kembang hati cikgu 😍😍

Lulus exam, peperiksaan, kssm, sains tingkatan 1

Ucapan TERIMA KASIH walaupun mudah disebut, tetapi ramai yang lupa nak sebut. 

Kan.. 

Contoh
-jika ada pelayan lapkan meja sebelum ambil order makanan kita. 
-selepas membuat pembayaran
-selepas mendapat pesanan makanan
-semasa mengambil keputusan peperiksaan anak
-Jika orang memberikan kita laluan

Sebab itu ia adalah ucapan yang MAHAL. Kerana bukan semua Orang rajin membuka
 mulut untuk mengucapkannya. Dan bila orang berterima kasih kepada kita, kita rasa dihargai Dan macam dapat emas. 😁

Mengucapkan TERIMA KASIH juga dapat mengelakkan kita menjadi orang yang sombong. 

Ucaplah terima kasih walaupun untuk perkara yang kecil. Percaya lah, korang akan berjaya sentuh hati orang.

TERIMA KASIH SEMUA
Sebab sudi baca post ni 
😁

#kakMelShaklee 
#kakMelKajol
#shakleejb 
#dgemsempire 

Mar 29, 2019

3 Tips mengemas longgokan barang

Assalamualaikum semua

Esok dah hari terakhir cuti sekolah di Johor. Dan harini baru aku ada masa nak mengemas semua longgokan barang ni. πŸ˜‚

Well, korang tahu kan aku ada anak 7 orang, campur ayah ibunya ni, 9 orang dalam rumah ni. Kau bayangkan lah 9 orang punya barang..! 😱😱😱😝

Barang-barang kecil ni kita dah kemas beberapa kali pun masih ada lagi. Magik kan. Tanpa kita sedar, kita memang suka membeli. Lagi-lagi sekarang banyak tempat murah kat JB ni macam Kedai Eco Dan Ninso. 

Jadi harini aku nak share cara aku kemas longgokan barang barang kecil ni. 

DECLUTTER gitewwww haaha

3 Tips nak kemas longgokan barang:

1. ASING IKUT KATEGORI

Lebih spesifik, lebih baik. Serius ni memang penting. Dulu aku ikut kategori juga, tapi, kategori yang am jelah macam alat tulis, Atau mainan anak, Atau barang sekolah. 

Akhirnya, bersepah juga Lagi-lagi bila kita mula membongkar mencari barang. 

Sekarang, aku punggah semua barang, longgokan, aku pilih Dan aku susun ikut kategori yang lebih spesifik. 

Cth:
-resit
-barang peribadi
-mekap
-pensel
-pensel warna
-puzzle 
-pam susu
-penjagaan diri
-stapler

Lebih mudah kan, so tak payah cari Dan bersepah kan barang
Declutter, kemas barang, kemas barang kecil, kemas longgokan barang, tips mengemas
Asing kan barang ikut kategori yang spesifik. 
2. BERANI BUANG BARANG

Hello, korang sedar tak kita mak mak ni memang suka menyimpan barang. Sayang. Konon nanti boleh guna, akan guna, Atau mungkin berguna. 

Tapi, akhirnya  Bila kita tak jumpa kita akan beli baru juga 😝

Tapi tu bukan point aku. Aku nak tegaskan kat sini iaitu bukan semua barang korang, korang kene simpan. 

Contoh tadi aku dah buang banyak gambar zaman aku di UM dulu. Gambar pokok pun aku ambil. Apa kejadahnya nak simpan. Menyemak je. 

Resit-resit pi belanja barang dapur kat tesco semua tu takyah lah simpan. Bukan boleh claim income tax pun, ye tak.. 😝

Mainan anak yang dah tangga tayar sebelah, tangga tangan sebelah, pun aku buang dah. 

Tu belum masuk lagi banyak pen Dan marker aku yang takda dakwat yang selama ni tersimpan. Yang konon aku nak beli ink refill. Konon..! Hahha. 

See, banyak sebenarnya nak buang. Aku je sayang. 

Boleh ikut tips Marie Kondo, simpan yang Spark Joy je, yang nak lain tu, say thank you. 

3. SIMPAN DALAM PLASTIK ASING YANG LUTSINAR

Aku pakai zipper Bag IKEA ni je. Senang. Untuk barang yang kecil, macam lilin Wangi, puzzle anak, guli dll. 

Siap dah Asing kan ikut kategori. 

Senang nak cari nanti sebab boleh nampak apa isi dalamnya. Dan yang best tak payah nak bongkar semua barang semata-mata nak ambil satu barang je. 

Declutter, kemas barang, kemas barang kecil, kemas longgokan barang, tips mengemas
Masukkan ke dalam zipper bag


Aku Harap kekemasan barang-barang ni bertahan lama lah. Maklumlah anak-anak aku macam ibunya masa kecil dulu juga, suka membongkar. Haha

Oh ya. Nak mengemas ni jangan lupa telan B COMPLEX untuk stabilkan mood tu 😝
Dan dah duduk lama mengemas ni, badan pun sakit, kaki pun kebas, sila lah Tekan OSTEMATRIX ya. Sangat berkesan untuk mak mak macam kita ni wei. 

Korang baca sampai habis ke? 
Korang memang gigih..! 
Thanks sebab baca. Meh tinggalkan jejak nanti aku baca post korang pulak. 



Nak Shaklee? 
Nak order Shaklee?
Mencari Supplemen Keluarga? 

Meh Wasap Kak Mel lekas

#kakmelKajol 
#kakMelShaklee
#dgemsempire
#shakleejb 
#shakleeJohorBahru
#ibuanak7 

Mar 27, 2019

Happy 11th birthday Kakak Ainul Mardhiah

Ainul Mardhiah, anak sulong, shaklee Johor Bahru, ibu anak 7, anak ramai, model Muslimah, model kanak kanak,

Selamat hari lahir kakak Ainul Mardhiah yang ke 11 tahun.

Anak yang menggalas banyak tanggungjawab
Terima kasih kakak selalu tolong ayah ibu

Semoga kakak jadi anak solehah
Yang berjaya Dan cemerlang dalam pelajaran Dan kehidupan di dunia dan akhirat

Semoga Allah permudahkan segala urusan hidup kakak Dan sentiasa dalam Rahmat Allah.

Happy birthday sayang ibu 😘

#AinulMardhiah
#anakSulong
#anakanakkakmel
#familyKakMel
#11thBirthday


Lyana mansor
fb: lyana mansor
Whatsapp : KLIK SINI

POPULAR POST