Dec 23, 2014

4 Vitamin untuk kulit cantik meletop..!

4 Vitamin untuk kulit cantik meletop..!

nah.. ini dia set kulit cantik yang terhangat bulan ni...bukan apa.. bulan ni kan ada PROMO GEMPAK. makanya.. ramai yang ambil peluang nak rebut set kulit ini.

set kulit Shaklee

Ramai yang bijak menjaga penampilan luaran. Menggunakan pelbagai produk penjagaan kulit suapaya kulit kekal cantik. Tapi, lebih bijak jika mengamalkan pemakanan supplemen untuk kulit juga, Penjagaan dalaman gitu. Jadi bukan sahaja cantik di luar, tetapi di dalam juga.

Vitamin Cantik luar dalam

Vitamin C

Vitamin C bukan sahaja membantuk pemyebuhan jerawat, memutihkan kulit malah penting untuk PENGHASILAN KOLAGEN semulajadi kulit. KOLAGEN penting untuk pembinaan tendon, ligamen pada sendi dan juga menyokong struktur kulit. 

Dan khasiat penting Vitamin C untuk mengekalkan kesihatan sistem imun tubuh. Vitamin C dikenali sebagai anti-Histamine yang melawan masalah berkaitan elergik seperti hidung berair, gatal-gatal pada mata dan kulit, bengkak akibat elergik dan kerap bersin. 

Vitamin E

Vitamin E dalam produk penjagaan kulit sangat dikenali kerana khasiatnya yang MELEMBABKAN KULIT. Tapi ramai yang tak tahu, Vitamin E juga menjaga kesihatan jantung. Vitamin E juga bagi lelaki menjaga kesihatan sperma mereka. Vitamin E antara antioksidan yang kuat yang membantu mengelakkan penyakit Kanser, Katarak, Alzheirme, Cyst dan firoid. 

B Complex

Eeee.. ramai yang beranggapan makan B complex nanti jadi gemuk kan..! Yang sebenarnya, Vitamin B complex membantu menyeimbangkan metabolisme tubuh. Metabolisme penting untuk penukaran makanan (karbo, lemak. protein) kepada tenaga. Maka, ornag nak kurus pun perlu juga makan B complex.

B complex juga adalah salah satu Vitamin anti-stress. Ia memberi rasa relax dan membantu anda lebih bertenaga. Kalau untuk kulit pula, sememangnya Vitamin B complex memberikan anda kulit yang lebih bertenaga, sihat dan glowing..! Energetik gitu sel-sel kulit kita. 

ESP

ESP protein lengkap yang mengeyangkan. Untuk sihat, tubuh kita perlukan protein kerana protein adalah asas pembinaan sel. Kulit kita juga terbentuk oleh sel yang dibentuk oleh protein kan, Jadi nak kulit sihat, cantik, gebu, kenalah jaga sel tu. Jadi, perlulah beri sel kita khasiat terbaik. Bila sel sihat, penyerapan nutrisi lebih optimum. 

ESP bukan sahaja mencantikkan kulit, malas membekalkan tenaga dan mengeyangkan. Protein adalah lebih lambat dihadam berbanding karbohirat. Protein juga penting untuk penghasilan susu ibu dan penbinaan otot yang pejal dan anjal. 

Nahhh.. pelbagai khasiat kan.. bukan untuk cantik sahaja. Jadi jika anda mengamalkan set ini, anda juga mendapat BONUS RESULT..! Cantik dan SIHAT.. 

Apa tunggu lagi. Dapatkan set anda hari ini. dan jangan lupa dapatkan PROMO Vitamin C dan Vitamin E bulan ini. Hubungi yana segera..

Master Lyana mansor 
fb: lyana mansor 
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856

Dec 22, 2014

Vitamin untuk putihkan kulit

Vitamin untuk putihkan kulit

Assalammualaikum

Memandangkan bulan ini bulan kecantikan..jadi yana nak cerita pasal Vitamin yang memutihkan kulit.
kulit putih, vitamin c

Macam mana kulit boleh putih?

Warna kulit kita ditentukan oleh Melanin yang terdapat di dalam kulit. Sejenis pigmen yang menentukan warna kulit. ops.. jangan lupa juga ditentukan oleh keturunan. jika kita berketurunan kulit gelap (Gen Dominan kulit gelap cam i) maka banyak lah kehadiran melanin di dalam kulit. Oh melanin juga menjaga kulit kita dengan menyerap sinaran UV (sebab tu kita nampak orang kene sunburn bila pi laut)

Sesetengah produk mempunyai efek pencerahan yang cepat. Kebanyakannya mengandungi hydroquinon, sejenis bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan. Bahan-bahan seperti ini mampu menghalang penghasilan melanin dan memudarkannya yang menyebabkan efek kulit cerah.

Bagaimanapun, kita punya pilihan untuk cara lebih selamat, iaitu Vitamin..!

Pentingnya antioksidan

Antioksidan seperti Vitamin A,C dan E membantu mengatasi kerosakan sel kulit apabila terkena pancaran UV. Dan vitamin-vitamin antioksidan ini juga yang menghalang sel kita dari serangan radikal-radikal bebas dari UV, asap-asap, bahan kimia, dan lain-lain dari luar dan dalam..!

Selain itu, antioksidan ini juga membantu pembinaan dan pemulihan sel. Jadi sel-sel yang terhasil kelihatan lebih sihat dan bertenaga.

So? Macam mana boleh putih??

Haa.. ni yang ramai nak tahu.
Bila sel-sel baru dan sihat terbentuk, sudah tentulah  sel-sel lama akan disingkirkan. kan..kan..
itu lah pentingnya regim kecantikan sepeti mencuci muka, toner, scrub dan masker. Untuk singkirkan sel-sel kulit mati lah.. Jadi, sel-sel kulit yang baru yang SIHAT dan BERTENAGA itu akan terserlah. Jadi kita akan keliahatan lebih putih, mulus dan gebu.


Vitamin C berfungsi untuk menghalang enzim tyrosinase dan sekaligus menhalang pembentukan melanin. dan oh jangan lupa..! Vitamin C juga penting untuk sintesis KOLAGEN semulajadi.. Jadi ukan sahaja kulit anda lebih cerah malas lebih anjal..!

putihkan kulit, jerawat, masker untuk jerawat, masker vitamin cVitamin C untuk Masker

hoyeahhh.. Vitamin C sangat best untuk masker terutama mereka yang kulit berminyak.Ia membantu balance kan semula kulti dan membantu menyembuhkan jerawat. 




vitamin c shaklee, vitamin c, vitamin putih

Vitamin C Shaklee

Produk yang super murah dan hebat ini sangat berbaloi untuk dimiliki. Sebotol cuma RMXX sahaja dan mengandungi 180biji yang anda boleh makan dari 3-6bulan.. perghh memang jimat kan,,







Jadi percayalah dengan Vitamin anda pun boleh putih.. eh.. tapi jangan lah melampau sangat ye impian tu.. kalau dah kulit cam Naomi Campbell jangan lah berangan nak putih macam Emma Maembong pula kan..hehhe

emma maembong, Vitamin C

Apapun, untuk anda-anda yang nak dapatkan Vitamin C Shaklee atau Vitamin-vitamin lain, boleh hubungi yana ye

Master Lyana Mansor
012-7470856

Peluang Perniagaan di Rumah, Jom sertai kami..!

Bismillah
Yana membuka peluang untuk rakan-rakan semua menyertai Shaklee team Lyana &
D'Gems
Sertai kami menambah pendapatan keluarga secara sambilan atau sepenuh masa bersama Shaklee
Antara yang kami tawarkan
1. Support Group yang best
2. Bimbingan marketing dan produk
3. Sesi kelas bersama Master Coordinator
4. Bimbingan 1 to 1
Antara yang Shaklee tawarkan
1. Personal bonus
2. Retail profit
3. Net Personal Bonus
4. Leadership bonus
5. Local and International Trip
6. Cash Car Bonus
7. Coordinator Incentive
8. Product Promotion
Modal?
Serendah RM75 sahaja
Punya keinginan untuk berjaya
Jangan segan-segan
Jangan malu-malu
Bertindak sekarang
Menjadi ahli Shaklee
Lyana mansor
Shaklee Master Coordinator
Founder
Lyana & D'gems

Dec 15, 2014

Mencapai kejayaan semudah membuat TAPAI

Assalammualaikum..
Setiap hari kita selalu memikirkan bagaimana hendak menjadikan hari-hari akan datang menjadi hari yang lebih baik kan..
Merancang bagaimana kehidupan keluarga 10 tahun akan datang
Merancang pelajaran anak-anak ke peringkat lebih tinggi inshaaAllah
Berfikir-fikir untuk melupuskan semua hutang
dan mungkin juga sudah mengimpikan percutian dan persaraan.

Untuk mencapai semua di atas.. anda hanya perlukan TAPAI : TARGET..PLANNING .. ACTION..INSHAALLAH

TARGET
Apakah matlamat anda? esok hari? bulan ini? tahun depan? atau mungkin 5 tahun akan datang?
Yana sendiri..
Matlamat yana, tahun 2015 untuk hapuskan hutang-hutang kecil seperti hutang loan ASB.. hutang Personal Loan, hutang PTPTN dan melangsaikan sebahagian loan rumah. Juga merancang percutian keluarga ke Korea dan mengerjakan Umrah bersama keluarga. Serta, menambah sebuah lagi aset hartanah dan melabur di dalam unit amanah.  Bagaimana dengan anda? Tuliskan matlamat anda, secara spesifik. bulan dan tahun..

PLANNING
Bagaimanakah cara kita hendak mencapai target/ matlamat atau impian kita? cukupkah dengan pendapatan sekarang daripada kerja hakiki? atau mungkin tunggu kenaikan gaji (seperti kami cikgu, kenaikan gaji RM200+ setahun). Atau nak tunggu rezeki terpijak?
Jika anda serius hendak mencapai target anda, perlu usahakan sesuatu untuk mencapainya. Duduk dan tuliskan planning anda. apa yang perlu dilakukan. List kan usaha-usaha yang mungkin membantu untuk mencapai impian anda. Listkan juga kekuatan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Juga listkan kelemahan-kelemahan anda atau halangan-halangan yang perlu anda hadapi dan tuliskan penyelesaian yang mungkin untuk mengatasi halangan/kelemahan tersebut.

ACTION
Planning yang baik hanya menjadi sia-sia tanpa ACTION. Bertindaklah..! Jangan berlengah. pasanglah kuda-kuda dan rentakkan silat anda. ewahhh....! Fokus pada APA YANG ANDA NAK sahaja. Lakukan semua usaha yang telah anda listkan. Sedikit-sedikit tidak mengapa asalkan konsisten. Dari masa ke masa, tingkatkan diri anda dan cuba lakukan yang lebih baik setiap hari.

INSHAALLAH
Bersama-sama segala usaha, jangan lupa sertakan dengan DOA dan amalan rohani. Ingat, punca rezeki itu datangnya dari Allah yang Maha Pemberi. Jadi perlulah dikejar dan dimohon pada Pemberi Rezeki itu, Buat apa yang Allah suka.. disertakan dengan segala usaha yang tak pernah putus. Jika cepat Allah beri kejayaan itu, Alhamdulillah. Jika dah usaha sungguh-sungguh tapi labat Allah beri kejayaan itu, pun Allhamdulillah. Semua yang Allah aturkan adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin jika kita mencapai kejayaan sekarang, kita akan menjadi seorang yang riak. atau mungkin jika kita mendapat income RM10000 sekarang kita akan menjadi orang yang sangat boros. Wallahualam. Apapun, tanamkan niat di dalam hati, lebih banyak kita dapat, lebih banyak kita boleh menyumbang kepada pembangunan keluarga, agama, bangsa.

Semoga anda temui kejayaan hidup dengan tips TAPAI ini.. mudah, simple dan hasilnya lazat...!

Lyana Mansor
Effective Shaklee Master Coordinator
Lyana & Dgems

Bisnes Shaklee vs Surirumah

Assalammualaikum..
Bila yang scroll down Geneology group..
semak semula ahli-ahli di dalam group Shaklee Yana,  Lyana & Dgems.. Yana dapati antara golongan yang paling ramai menyertai Group kami adalah golongan SURIRUMAH , selain Guru dan  Jurutera.

Nampak tak... nampak takk...?
Siapa kata surirumah atau Home Manager ini hanya berdiam di rumah, harap suami suap segalanya??Di dalam zaman serba canggih ini.. bekerja dari rumah adalah sesuatu yang sangat tidak mustahil dan lebih praktikal dan mudah. Pelbagai peluang yang hadir.. dari membina jenama dan produk sendiri seperti nasi lemak atau makanan frozen, atau menjadi pengedar bagi produk sedia ada seperti dropship atau broduk-produk tempatan, atau membina networking di dalam MLM.

Yana sendiri secara peribadi pernah mencuba ketiga-tiganya.. pernah menjual produk sendiri yang yana jahit.. pernah juga mengambil tempahan membuat kek, pernah menjual nasi lemak dan pernah juga menjadi pengedar ebook dan dropship serta afilliate. Seronok berbisnes ni. asalkan kita rajin dan sabar. Tapi untuk yana yang ketika itu masih bekerja dan mempunyai anak ramai, mengeluarkan produk sendiri adalah sesuatu yang membebankan.

Sebagai seorang isteri (walaupun ketika itu masih bekerja), seringkali ingin membantu suami meringankan tanggungan kewangan dan memberi kehidupan lebih selesa kepada keluarga. Dan di saat itu lah Yana bertemu dengan bisnes SHAKLEE. Yang membezakan bisnes Shaklee dengan bisnes-bisnes lain yang Yana telah sebutkan, Bisnes Shaklee adalah bisnes MLM. Di samping membantu pelanggan untuk lebih sihat, Yana juga membantu anak-anak buah di dalam rangkaian Yana untuk mendapatkan income seperti yang Yana rasa.. dan income berterusan dan semakin membesar sejajar dengan usaha dan kebesaran rangkaian. dan guess what..? Feelingnya sangat best..! The more we share the more we get kan..

Kebanyakkan surirumah di dalam group Lyana & Dgems, menjalankan perniagaan mereka sambil menjaga anak, menghantar anak ke sekolah, dan mengerjakan pekerjaan harian. Masa bukan halangan untuk berjaya kan..? Kini lebih mudah kerana perkembangan teknologi canggih aplikasi telefon pintar seperti buffer, picsart, textgram, dan lain-lain. Malah, untuk order produk Shaklee pun semudah menekan-nekan di telefon pintar atau di laptop. tanpa perlu keluar rumah (ops.. Shaklee ada 6 branch di seluruh Malaysia.. jika rumah dekat dengan branch apa salahnya menjenguk-jenguk ke sana kan..). Dan sekali sekala menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh group Lyana & Dgems atau yang dianjurkan oleh Shaklee, bersama anak-anak dan suami..!

Yana berasa bangga dapat membantu ramai suri rumah di luar sana membina kerjaya di rumah.. dan kini mereka mampu mempunyai SIMPANAN sendiri, mampu MEMBANTU suami, mampu memberi wang belanja untuk IBUBAPA, dan memberikan REWARD untuk diri sendiri dan keluarga. Dan hasilnya.. jika anda adalah pengikut blog Yana ini.. anda pasti tahu Yana kini juga adalah surirumah..! (antara impian ibu yang bekerja kan..nak duduk rumah, jaga anak..tapi ada duit..hehe)

Jom... sertai kami group Lyana & D'Gems.
Binalah kerjaya anda, di dalam kelesaan rumah dan masa anda sendiri.

Hubungi Yana..

Master Lyana mansor 
fb: lyana mansor 
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856

POPULAR POST