May 28, 2015

DIY:Makeover meja

makeover meja
tadaaa... sebenarnya ni meja solek aku.. tapi dah roboh dah cerminya. Maka tinggal meja jelah tersipah dari cermin. Ni pun dah duduk lama dalam stor sejak aku pindah rumah.

Maka disebabkan aku takda meja nak menjahit (selalu tumpang meja kopi) jadi aku makeover meja ni.

So aku bersihkan dan balut dengan wallpaper Mr.DIY.  dan selera lahhh sikit nak buat kerja..hihihi



Mencari Shaklee? Hubungi yana
Lyana mansor 
fb: lyana mansor 
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856

May 27, 2015

Persiapan Raya 2015 -Part 1

Amboiii tajuk tak boleh tahan kan..Puasa pun belum tup2 dah persiapan raya..hihih
Sebenarnya tahun ni aku plan nak buat persiapan awal. Taknak dah last minit cam tahun-tahun lepas
Korang tau lah kan tahun-tahun lepas aku jahit baju raya di malam raya..! So tahun ni.. aku dah beli kain nak buat baju raya dari awola tahun lagi. Kain langsir pun dah beli. semuanya tinggal jahit sahaja.

So apa tema u olls tahun ni. Tema rumah aku tahun ni ala-ala deko english style gitu.. Konon nak buat gini..

sweet kan.. tapi kain langsir aku dah beli kaler pink..! hahhaa

pastu pintu-pintu bilik di rumah ni dah usang sangat.. so plan nak wat transormasi ala-ala gini
DIY deko pintu

DIY je sudah. bukan susah pun takat nak potong kayu, paku dan cat..hihihi

deko laman

Dan tanah tepi rumah yang luas bersemak-semak tu aku nak ratakan sikit nak buat Slab cam gambar atas ni.. so ada lah tempat lepak-lepak ke.. anak nak lari-lari ke. nak BBQ ke.. buat kecik dulu.. sbb tanah tu besar pengsan aku nak buat sorang (en.adam bz ngan kedai..sob..sob..)

ok Slab tu pun nak DIY jugak.
DIY batu slab
Simen segala semua ada.. tapi sekarang musim hujan kan.. so terpaksa lah lupakan dulu hasrat di hati.. ecehhh..

Dan meja makan aku yang dah nak roboh tu..aku nak try buat kaki meja baru ala-ala macam ni..
Meja makan

Nampak tak angan-angan disitu.. banyak woodwork  dan DIY tu.. harap-harap sempat lah....!

Dan dapur aku yang tak siap-siap tabletop tu (pun en.adam buat sendiri) so nak cover aku nak jahit langsir macam ni..
langsir dapur
 kain Langsir untuk table top dan tingkap dapur belum beli lagi.. takpe nanti aku korek stok dalam simpanan. Ada bertimbun kain belum jahit..hihihih..
dull Satin

 Ok.. yang hijau tu dull satin.. untuk baju raya.. yang pink tu kain langsir.. Baju anak-anak nak buat ala-ala jubah Viral. baju aku buat Jubah A cut je sudah.. maklum lah nanti perut dah besar. Baju Ali dan Aidil buat jubah mekah kot. Baju ayah die lom fikir lagi..hahha

ok sekian persiapan raya aku.. kita tengok lah update nanti camne.. siap ke tidak semua ni..hihih

Mencari Shaklee? Hubungi yana
Lyana mansor 
fb: lyana mansor 
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856

May 21, 2015

19 week sudah...

Lilypie Pregnancy tickers
 Assalammualaikum semua
eh kejappp je dah 19week kan..
pejam celik pejam celik tup-tup dah nak beranak..hihi

Abang kakak pun kemain tak sabar.
Walaupun perut aku masih belum nampak sangat.
Tapi diorang tahu dah dalam tu ada adik baby.
Ali pulak.. kemain manja you.. maklum lah member dah nak dapat adik..hahaha..
Tapi sebab kakak abang ada nak melayan.. jadi kurang lah sikit kemanjaannya tu.. Nampak ketara bila abang kakak tidur.. Takda sapa nak layan..hihi

 Ramai yang tak perasan aku peknen
Sebab tak naik sangat berat dan sihat2 je tak nampak cam ibu ngah mual-mual
Macam biasa.. aku amalkan supplemen Shaklee lah..
Morning sickness aku kali ni start masa bulan ke 3..
Tapi Alhamulillah masih dapat diatasi.. kali ni aku takda minum-minum air sprite..hehe
so kalau rasa mual je terus makan vit c chewable..
oh.. kali ni palingg malas masak..hahhaa..
lama wei aku tak masak..!
Kerajinan... sila datang....
ok dah malam-malam ni.. esok sambung naa..
azam baru.. nak tulis blog hari-hari.. jemput baca ye kawan-kawan..

Lyana mansor
fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856

May 4, 2015

Anak di taska kerap sakit. Lindungi mereka..!

Dilema ibu berkerjaya. Menghantar anak ke Taska dan anak mudah jatuh sakit akibat persekitaran. Selalu yana dapat rungutan sebegini.

Kalau dirumah dan anak di depan mata, boleh lah kita lindungi mereka kan. Tapi bagaimana di sekolah? di taksa? di shopping mall? di taman permainan? Kita tak dapat protect anak kita 24/7.

Itu lah sebabnya imun sistem yang sihat penting..! NUTRIFERON membantu BOOST IMMUNE SYSTEM.  Bantu diri kita, anak-anak dan keluarga untuk terhidar dari jangkitan sekeliling dan KURANGKAN RISIKO JANGKITAN PENYAKIT.


Yana pasti..Ayah ibu tak sanggup melihat anak sakit kan. mungkin juga selalu keluar masuk hospital atau klinik. Terlantar lemah di atas katil.. Di drip ubat..Di ambil darah..Melalak lalak semasa sedut Neb dll..

Jika anda ingin berikan diapers terbaik untuk anak, susu terbaik untuk anak, pakaian berkualiti untuk anak, Medical card dan  perlindungan insurans terbaik untuk anak.. Anda juga patut fikirkan SUPPLEMEN TERNBAIK DAN BERKUALITI untuk anak anda.

Kami sekeluarga YAKIN dengan Supplemen Shaklee untuk perlindungan kesihatan anak-anak kerana SEMUA produk Shaklee Selamat, Berkesan dan yang penting BEBAS GULA, BEBAS PEWARNA TIRUAN dan diperbuat dari bahan SEMULAJADI bukan sistetik..!

dapatkan NUTRIFERON anda
NUTRIFERON
RM181.50
30 SACHET
Dapatkan dengan harga yang lebih mudah jika anda menjadi hali Shaklee.

Hubungi yana
Lyana mansor
fb: lyana mansor 
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856

NUTRIFERON kembali..!

Setelah lama kehabisan stok di pasaran.. akhirnya NUTRIFERON yang disayangi ramai ini kembali.. Alhamdulillah..

Nutriferon ni antara supplemen feveret yana. Salah satu item wajib di dalam First Aid di rumah. Bila rasa nak demam.. nak selsema.. rasa tak sihat.. nak start asthma.. ha makan lah 1-2sachet.. Alhamdulillah dengan izin Allah tak jadi nak sakit tau..

Dari mak pak sampai lah anak-anak dan tok nenek boleh makan Nutriferon ni.. Sebab tu lah ramai yang suka..!

 
Nutriferon
RM181.50
30 sachet
Anda boleh dapatkan Nutriferon anda dengan harga lebih murah dengan menjadi ahli Shaklee.
Hubungi yana
Lyana mansor
fb: lyana mansor 
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856

POPULAR POST