Oct 10, 2010

Entry makan-makan....

OK dah lame tak layan entry makan2 kan..hari ni moh kite layan k...

ni choc moist cuppies.. aku memang selalu buat ni... sbb sendiri pun suke makan...kahhhh.... tapi aku amkan 2-3 ketol jek..yang lain orang yang makan....
  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko

Cara-cara

  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam.
**aku bakar jek..hahahhaa...

Ni plak blueberry cheesetart


  • Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 240 gm tepung gandum

  • Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon (takde stok lemon kat umah..aku letak sunquick)
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling
**aku tambah 3 sudu besar cream..

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.


ni pulak risoles...makan hingga menjilat jari k...hahahha..resipi aku tak boh sini r sbb entry2 b4 ni aku dah boh kan..korang carik lah eh...hehehhe

Chessedale muffin

ni plak resipi muffin yang tersangatlah senang nak buat..rase pun sodap..lomak2 gitew....thanks to en.mat gebu for this recipe...

BAHAN A :-)
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
3/4 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk jintan manis (aku ganti ngan serbuk kari)

BAHAN B :-)
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan (aku letak minyak jagung)
1 biji telur gred A
1/2 cawan susu cair "Ideal" (aku letak susu segar)
2/3 camca besar gula halus

BAHAN C :-)
1 biji bawang besar, didadu dan goreng dengan sedikit mentega hingga layu, sejukkan
1 pokok kecik daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, belah, buang biji dan dadu kecil2
3 keping keju chesdale, didadu kecil

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 "A", gaul rata dan ayak 2 kali. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 "B", kacau dengan whisk hingga semua bersatu dan sebati.
  3. Masukkan semua bahan "C" ke dalam no. 2 tadi, gaul rata. Masukkan no .1 dan gaul perlahan hingga semua sebati dan mesra, jangan gaul lama2.
  4. Sudukan 3/4 penuh dalam muffin cup, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit atau hingga permukaan muffin keemasan.
  5. Sapu mentega cair atas muffin panas sejurus dikeluarkan dari oven, jika suka. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh hidangkan untuk sarapan atau minum petang....Selamat mencuba!..



ok ni je satakat ni k..nanti kite layan lagi....

1 comment:

  1. salam singgah...

    wah...best nya...

    ana br semalam buat muffin choc..dah lama x membaking...:)

    ReplyDelete

POPULAR POST