Dec 25, 2015
Shaklee Incentive Trip 2014/2015
Dec 5, 2015
Suka suki 2015
Oct 1, 2015
TIps Berpantang sendiri #1
Sep 23, 2015
Tips melahirkan anak #1
Sep 10, 2015
Apa itu MLM ? Beza Shaklee dengan MLM lain..
Sep 3, 2015
9 fakta tentang Vitalea for Children yang perlu anda tahu
Elakkan sembelit semasa berpantang
Aug 23, 2015
Karaoke Halal
Aug 22, 2015
Persiapan awal anak ke 6.
Aug 21, 2015
Shopping barangan IKEA, kini lebih mudah.
Aug 17, 2015
Multivitamin PERCUMA.. Siapa nak??
Aug 16, 2015
Anak ramai dan rapat: Keburukan dan kebaikan
Malam ini saya nak share pro & cont beranak ramai dan rapat ni. Memandangkan ramai yang tanya, ramai yang kata susah, ramai juga yang kata semang dan ramai juga yang memandang rendah pada kami yang beranak ramai ini.
Kebaikan beranak ramai dan rapat:
1. Anak-anak lebih rapat antara satu sama lain. Anak-anak saya bermain bersama-sama, makan bersama-sama, mandi bersama-sama, belajar bersama-sama. Kebanyakan aktiviti mereka buat bersama.
2. Kerja ibu lebih mudah. Ya tak dapat dinafikan kerja ibu lebih mudah bila anak bersama-sama beraktiviti. Bayangkan anak-anak makan sedulang. Bukan kah lebih mudah unruk membasuh pinggan, membersihkan sisa makanan yang bersepah dan memujuk anak-anak untuk makan.
3. Jimat pakaian. Haaaa ni ramai yang akui kan. Baju kakak boleh pakai untuk adik juga. Mereka selalu pakai pakaian yang sama. Memandangkan saiz mereka pun lebih kurang kerana mereka lahir rapat-rapat.
4. Ibu dapat memberi tumpuan pada hal lain selepas anak membesar. Yes itulah target saya. Saya ingin melahirkan anak seramai mungkin sebelum umur 30 tahun. Kemudian perancangan saya, untuk memberi perhatian sepenuhnya pada tugas membesarkan dan mendidik anak-anak.
5. Anak-anak yang dilahirkan rapat, ayah ibu tak terasa fasa "anak kecil" yang mungkin dilalui oleh Ibu bapa yang beranak 4-5tahun sekali. Fasa menjaga anak waktu malam, menyalinkan lampin, membasuh najis anak menjadi rutin yang biasa.
6. Anak yang besar pun dah pandai membantu ayah ibu. Dan tugas menjaga anak-anak yang kecil menjadi lebih mudah.
Keburukan beranak ramai dan rapat:
1. Kemungkinan besar ibu masih belum cukup sihat untuk melalui fasa hamil dan melahirkan. Rahim wanita juga perlukan masa untuk pulih. Sangat disarankan ibu melahirkan dalam jarak 2-3 tahun melainkan ibu yakin berada dalam keadaan yang cukup sihat dan kandungan dan tahap kesihatan semasa hamil tidak berisiko.
2. Yes yang menghalang ibu bapa untuk beranak rapat adalah disebabkan kos. Hampir setiap tahun akan ada anak yang akan bersekolah dan kos hidup pun akan meningkat. Nasihat saya, setiap anak ada rezeki yang akan berikan sekali semasa mereka lahir. Dan alhamdulillah rezeki saya tidak pernah putus malah banyak kejayaan yang saya kecapi setiap kali saya hamil dan melahirkan. Apapun, tepuk dada lihatlah poket. Jika hidup dalam keluarga sederhana jangan lah bergaya dan berbelanja seperti orang kaya.
3. Ibu tidak sempat menyusukan anak secara eksklusif selama 2 tahun. Ehh, tapi jangan risau, ibu boleh tandem nursing. Hehee. Yang penting ibu perlu kiat semangat.
4. Anak ramai bermakna yang 'mengemas' pun ramai. Ibu perlu tetapkan disiplin dan peraturan di rumah supaya ibu kurang penat menguruskan kekemasan dan kebersihan rumah, kain baju dan sebagainya.
5. Sukar untuk menguruskan dan membawa anak-anak untuk makan dan jalan-jalan di khalayak ramai. Ibu ayah perlu kuatan mental dan fizikal yang hebat. Hihi. Tetapkan juga peraturan kekita keluar rumah. Cara kami? Saya akan pastikan anal-anak duduk di kerusi masinf-masing dan makan..! Dan jika berbelanja di pasaraya, semua anak-anak akan saya masukkan ke dalam troli untuk elakkan mereka berlari-lari. Banyakkk lagi cara yang ayah ibu boleh gunakan.
6. Kebiasaannya, bila seorang anak sakit (selsema/batuk/demam) anak-anak yang lain akan terjangkit sama. Sama keadaan seperti di taska kan. Oleh itu saya nasihatkan ayah ibu, pastikan anak anda mendapat vaksin dan pemakanan seimbang serta nutrisi tambahan untuk membina ketahanan badan dan mengurangkan risiko jangkitan. Pemberian supplemen inshaAllah sangat membantu.
Tips saya untuk menjadi ibu hebat, tak kira lah anak sedikit, atau anak ramai, atau anak sepuluh tahun seorang atau anak setahun seorang pun, jaga lah kesihatan anda. Ibu adalah tonggak keluarga. Ibu yang sihat, bertenaga, kurang stress alan membesarkan anak-anak yang hebat, cemerlang dari segi fizikal dan emosi.
Kami sekeluarga mengamalkan supplemen Shaklee. Supplemen untuk ayah, ibu dan anak-anak. Supplemen untuk keluarga.
Ibu Ayah hebat, hubungi saya untuk dapatkan konsultasi dan supplemen mengikut bajet dan keperluan anda.
Lyana mansor
Shaklee Master Coordinators
fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856
Jul 27, 2015
Punca dan Risiko KEGUGURAN : Jaga kesihatan sebelum hamil.!
Ha saje je nak kasi tajuk.. Jaga kesihatan sebelum hamil...
sebab apa?
sekarang ni ramai yang dah mengandung baru nak nak makan supplemen (tu pun belum tentu makan)
Dan sejak kebelakangan ini, Wall fb saya selalu dipenuhi dengan cerita ibu KEGUGURAN..! huhuhu
Bagi pandangan saya yang menjual supplemen, kesihatan ibu yang NAK hamil itu penting.
Keguguran boleh berlaku atas banyak sebab. Antaranya:
1) Kromosom yang abnormal pada janin. Ini adalah faktor utama keguguran berlaku pada trimester pertama
2) Implantasi yang tidak elok
3) Penyakit medikal yang kronik yang dihidapi oleh wanita tersebut
4) Infeksi faraj. Keguguran selalunya akan berlaku pada trimester kedua.
5) Trauma yang teruk pada wanita. Contohnya seperti ‘accident’ kereta/ motorsikal
6) Pangkal rahim yang tidak kuat yang dikenali sebagai ‘cervical incompetence’. Ini selalunya hanya akan menyebabkan keguguran pada trimester kedua.
*sumber Dr Nastasha
Kromosom yang abnormal pada janin
Selalu terjadi pada ibu yang menanti lama kehadiran cahaya mata. Selalunya berasal dari perkembangan Ovum yang tak normal, contohnya, Ovum tidak membesar dengan elok. Ini boleh menyebabkan janin yang terhasil juga abnormal dan mungkin juga terjadi kandungan anggur.
Implantasi yang tidak elok
Masalah penempelan zigot. Janin mungkin tidak menempel pada dinding rahim dengan baik disebabkan parut pada rahim akibat pembedahan atau kandungan dahulu atau janin menepel pada tiub fallopio yang menyebabkan kandungan luar rahim.
Penyakit medikal yang kronik
Penyakit medikal kronik seperti kencing manis, darah tinggi, cyst dan penyakit autoimmun. Ibu perlu sedar, sesetengah penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis akan lebih buruk keadaannya semasa hamil jika tidak dikawal.
Pangkal rahim yang tidak kuat
Ini antara kes banyak banyak juga saya jumpa. Ibu perlu "bed-rest" untuk mengurangkan risiko keguguran.
Penjagaan kesihatan sebelum hamil
Apa yang saya boleh sarankan kepada ibu-ibu, adalah jaga kesihatan anda sebelum anda hamil, dan jika anda merancang untuk hamil. Antara produk Shaklee yang inshaAllah dapat membantu ibu-ibu ialah:
ESP
Membantu pembentukan sel yang NORMAL dan sihat. Ingat OVUM adalah SEL PALING BESAR pada tubuh seorang manusia (wanita). Untuk hasilkan janin yang sihat. sel induk (ovum dan sperma) pun kene lah sihat.. ye tak.. Selain itu, ESP juga membantu MENGUATKAN RAHIM.
B COMPLEX
B complex merupakan sumber asid folik. Penting untuk mengelakkan kecacatan pada janin. Sebelum kehamilan lagi wanita yang merancang untuk hamil digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi asid folik.
Lyana mansor
Dicabar... Tips memandu long distance
Selamat Hari Raya semua..
lama kan aku senyap je tak tulis blog. maaf pada yang selalu nak blogwalking.. tapi tuan rumah sunyi sepi.. huhuhu
Aku baru pulang dari SIK, Kedah. Hantar adik aku melangsungkan perkahwinan. Tapi trip kali ni tak sama langsung dengan yang lain sebab kali ni aku kene DRIVE SENDIRI. Yes.. memandu sendiri. En.adam tak ikut sbb bz kat Car wash die kan..huhuh..
Aku dicabar,..! yes.. sebab desakan dari sekeliling.. aku kene juga pergi. di Drive lah aku Vell dari JB-Sik. berhenti semalam di Kulim tido rumah mak lang.
The best is. Walaupun kesihatan aku tak berapa nak baik (sejak sebelum pergi lagi), aku takda pula rasa letih, sakit pinggang atau kepenatan melampau.. Alhamdulillah. itu lah yang aku doakan setiap kali solat, supaya Allah beri aku kesihatan yang baik dan lancar dan, selamatkan dan permudahkan urusan kami pergi dan balik.
Oh.. dan mesti lah tak tinggal Shaklee kan. ha ni lah tipsnya.. Sepanjang perjalanan aku makan VITALEA untuk kekalkan diri dalam keadaan yang waras (hahaha.. kurangkan ngantok lah..!) dan makan OSTEMATRIX sebelum tidur untuk elakkan sakit pinggang dan badan dan kejang-kejang kaki.
U olls nak jalan jauh juga? meh meh dapatkan dua supplemen hebat ini..!
Contact akak naaa...
fb: Lyana Mansor
WA/SMS: 012-7470856
May 28, 2015
DIY:Makeover meja
Maka disebabkan aku takda meja nak menjahit (selalu tumpang meja kopi) jadi aku makeover meja ni.
So aku bersihkan dan balut dengan wallpaper Mr.DIY. dan selera lahhh sikit nak buat kerja..hihihi
May 27, 2015
Persiapan Raya 2015 -Part 1
Sebenarnya tahun ni aku plan nak buat persiapan awal. Taknak dah last minit cam tahun-tahun lepas
Korang tau lah kan tahun-tahun lepas aku jahit baju raya di malam raya..! So tahun ni.. aku dah beli kain nak buat baju raya dari awola tahun lagi. Kain langsir pun dah beli. semuanya tinggal jahit sahaja.
So apa tema u olls tahun ni. Tema rumah aku tahun ni ala-ala deko english style gitu.. Konon nak buat gini..
pastu pintu-pintu bilik di rumah ni dah usang sangat.. so plan nak wat transormasi ala-ala gini
DIY je sudah. bukan susah pun takat nak potong kayu, paku dan cat..hihihi
ok Slab tu pun nak DIY jugak.
Simen segala semua ada.. tapi sekarang musim hujan kan.. so terpaksa lah lupakan dulu hasrat di hati.. ecehhh..
Dan meja makan aku yang dah nak roboh tu..aku nak try buat kaki meja baru ala-ala macam ni..
Dan dapur aku yang tak siap-siap tabletop tu (pun en.adam buat sendiri) so nak cover aku nak jahit langsir macam ni..
kain Langsir untuk table top dan tingkap dapur belum beli lagi.. takpe nanti aku korek stok dalam simpanan. Ada bertimbun kain belum jahit..hihihih..
Ok.. yang hijau tu dull satin.. untuk baju raya.. yang pink tu kain langsir.. Baju anak-anak nak buat ala-ala jubah Viral. baju aku buat Jubah A cut je sudah.. maklum lah nanti perut dah besar. Baju Ali dan Aidil buat jubah mekah kot. Baju ayah die lom fikir lagi..hahha
ok sekian persiapan raya aku.. kita tengok lah update nanti camne.. siap ke tidak semua ni..hihih
May 21, 2015
19 week sudah...
Assalammualaikum semua
eh kejappp je dah 19week kan..
pejam celik pejam celik tup-tup dah nak beranak..hihi
Abang kakak pun kemain tak sabar.
Walaupun perut aku masih belum nampak sangat.
Tapi diorang tahu dah dalam tu ada adik baby.
Ali pulak.. kemain manja you.. maklum lah member dah nak dapat adik..hahaha..
Tapi sebab kakak abang ada nak melayan.. jadi kurang lah sikit kemanjaannya tu.. Nampak ketara bila abang kakak tidur.. Takda sapa nak layan..hihi
Ramai yang tak perasan aku peknen
Sebab tak naik sangat berat dan sihat2 je tak nampak cam ibu ngah mual-mual
Macam biasa.. aku amalkan supplemen Shaklee lah..
Morning sickness aku kali ni start masa bulan ke 3..
Tapi Alhamulillah masih dapat diatasi.. kali ni aku takda minum-minum air sprite..hehe
so kalau rasa mual je terus makan vit c chewable..
oh.. kali ni palingg malas masak..hahhaa..
lama wei aku tak masak..!
Kerajinan... sila datang....
ok dah malam-malam ni.. esok sambung naa..
azam baru.. nak tulis blog hari-hari.. jemput baca ye kawan-kawan..
Lyana mansor
fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856
May 4, 2015
Anak di taska kerap sakit. Lindungi mereka..!
Kalau dirumah dan anak di depan mata, boleh lah kita lindungi mereka kan. Tapi bagaimana di sekolah? di taksa? di shopping mall? di taman permainan? Kita tak dapat protect anak kita 24/7.
Itu lah sebabnya imun sistem yang sihat penting..! NUTRIFERON membantu BOOST IMMUNE SYSTEM. Bantu diri kita, anak-anak dan keluarga untuk terhidar dari jangkitan sekeliling dan KURANGKAN RISIKO JANGKITAN PENYAKIT.
Yana pasti..Ayah ibu tak sanggup melihat anak sakit kan. mungkin juga selalu keluar masuk hospital atau klinik. Terlantar lemah di atas katil.. Di drip ubat..Di ambil darah..Melalak lalak semasa sedut Neb dll..
Jika anda ingin berikan diapers terbaik untuk anak, susu terbaik untuk anak, pakaian berkualiti untuk anak, Medical card dan perlindungan insurans terbaik untuk anak.. Anda juga patut fikirkan SUPPLEMEN TERNBAIK DAN BERKUALITI untuk anak anda.
Kami sekeluarga YAKIN dengan Supplemen Shaklee untuk perlindungan kesihatan anak-anak kerana SEMUA produk Shaklee Selamat, Berkesan dan yang penting BEBAS GULA, BEBAS PEWARNA TIRUAN dan diperbuat dari bahan SEMULAJADI bukan sistetik..!
dapatkan NUTRIFERON anda
NUTRIFERON
RM181.50
30 SACHET
Dapatkan dengan harga yang lebih mudah jika anda menjadi hali Shaklee.
Hubungi yana
Lyana mansor
fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856
NUTRIFERON kembali..!
RM181.50
30 sachet
Anda boleh dapatkan Nutriferon anda dengan harga lebih murah dengan menjadi ahli Shaklee.
Hubungi yana
Lyana mansor
fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856
Feb 27, 2015
Resipi Kari Ikan Tongkol
Assalammualaikum.
Malam ni i rajin terlebih sikit nak masak. Dan rasanya terliur nak makan kari Ikan.. yummeh..!
Ni resipinya. mudah saja. Selamat mencuba.
Bahan tumis
1bj bawang besar hiris
1bj bawang putih
beberapa helai daun kari
Bahan pes rempah
1 peket rempah kari ikan babas
1 peket rempah kari ikan adabi
3 sudu makan serbuk cili
1bj bawang besar kisar
2bj bawang putih kisar
1inci halia kisar
*gaul dengan sedikit air
2 ekor ikan tongkol (dipotong)
10 batang bendi (terung pun boleh)
2bj tomato (belah dua)
1 sudu makan penuh pes asam jawa
1 kotak kecil santan
Cara-cara
1. Tumis bahan tumis sehingga harum.
2. Masukkan pes, tumis sehingga pecah minyak
3. Masukkan ikan dan bendi. masak sehingga mendidih.
4. masukkan santan dan pes asam jawa dan tomato
5. perasanakan dengan garam dan secubit gula.
siap..!
Kuah lebih boleh buat sarapan dengan lempeng
Master Lyana Mansor
Shaklee Master Coordinator
Lyana mansor fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856
Tips membawa anak kecil berjalan-jalan.
Beberapa hari lepas, yana dapat Pm dari seseorang bertanyakan bagaimana yang dan suami handle anak-anak semasa berjalan.
Sedikit tip untuk ibu ayah bagaimana nak bawa anak ramai-ramai pi berjalan. Tips ini yana dah share di FB, sekarang yana share di sini untuk anda pula.
1. Nak belanja, lebih mudah berbelanja di Tesco/jusco/ Econsave. Ada troli kan. Masukkan semua dalam troli. Nampak tak glemer, tapi memudahkan ibu ayah nak berbelanja.
2. Nak pergi makan. Dapatkan makanan yang anak akan makan. Dan anak kecil selalunya tak makan banyak. Yana sendiri selalunya akan beli nasi ayam 2 pinggan. Bahagikan kepada 4 pinggan. Air dua gelas, bahagiakan kepada 4 gelas. So minta pinggan dan cawan lebih. Jangan membazir sebab selalunya bila belikan sepinggan, tak habis, ayah ibu akan marah (frust anak membazir). End up anak kene marah sebab tak makan, atau sebab main-main dengan makanan sebab dah kenyang.
(tak valid cara ni kalau anak2 anda kuat makan)
3. Nak ke taman. Bawa anak-anak ke taman yang mudah anda pantau. Biarkan anak-anak bermain bebas. Jatuh-jatuh sikit itu normal. Let them experience it. Jangan manjakan sangat.
4. Nak ke masjid. Pastikan anda terangkan tujuan ke masjid. Lebih-lebih lagi anak yang sukar mengawal suara dan aktiviti larian. Terangkan kepada mereka mengapa perlu senyap dll sebelum anda ke masjid. Dan remind sekali lagi bila di masjid.
Tunggu sambungan ye..
Master Lyana Mansor
Lyana mansor fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856
Feb 23, 2015
Cara kurangkan Morning Sickness
Anda peknen ke?
Morning Sickness teruk?
yana belum start lagi (setakat ni)..hehehe
ok berikut sendikit tips untuk ibu-ibu mengurangkan masalah morning sickness berdasarkan pengalaman yana.
BANGUN PAGI TERUS MAKAN
hehehe.. takyah lah pi gosok gigi dulu untuk elakkan muntah kuning tu. Celik mata pergi lah makan dulu sekeping dua roti atau biskut buiat alas perut. InshaaAllah takdalah mulakan hari dengan uwek-uwek..hehe
MAKAN DENGAN KERAP
Pastikan anda makan dengan kerap, dalam kuantiti yang sedikit. JANGAN BIARKAN PERUT KOSONG atau masuk angin. Cari nahas namanya tu. Bila dah masuk angin, anda makan yang lain 80% akan muntah..ha takut tak..?
MAKAN SUPPLEMEN PADA WAKTU YANG SESUAI
Sesetangah ibu mendapati mereka akan lebih kerap muntah selepas makan supplemen yang dibekalkan doktor pada waktu pagi. Jadi anda boleh ubah jadual kepada sebelum tidur. Pil seperti zat besi mempunyai bau yang agak kuat dan menyebabkan ibu mual.
CUKUPKAN KEPERLUAN KALSIUM
Selain membantu menguangkan masalah kejang-kejang kaki, kalsium juga membantu otot lebih relax. Ramai wanita yang pertama kali menjadi ibu rasa risau bila ada masalah sakit perut di bahagian rahim semasa awal kehamilan. Sebenarnya, rahim ibu sedang berkembnag, membesar dan bersedia untuk menampung bayi yang semakin membesar. Kalsium juga mengurangkan masalah gastrik..!
SUPPLEMEN UNTUK KURANGKAN MORNING SICKNESS
As for me selain yana amalkan seperti di atas, Yana juga makan suppelmen Shaklee yang membantu mengurangkan masalah morning sickness yana.
Yana suka Vit c Chewable ni. Mesti ada dalam beg. Bila rasa loya je mesti kunyah 1 biji. Masam-masam gitu. So tak payah lah makan asam yang totally not healthy kan.
Pil kalsium feveret yana. Takda kejang-kejang kai, takda sakit-sakit badan yang yang pasti takda sembelit.
Peppermint Ginger mengurangkan masalah angin dalam badan. Dan pastinya mengurangkan masalah loya dan morning sickness. Wajib ada untuk semua ibu hamil.
Rasa loya dah ke? ok lah ok lah stop sekarang.
Jika anda berminat untuk mendapatkan suppelemen Shaklee dan Consultation Exclusive dari yana, sila hubungi yana laju-laju ya
Master Lyana Mansor
fb: Lyana Mansor
SMS|Whatsapp|Telegram : 012-7470856
Feb 22, 2015
Umur 30 anak 6..! Perancangan Allah itu sempurna.
Assalamamualaikum
Sejak dari yana sekolah menengah lagi memang dah set plan kehidupan. Dah rancang nak atur perjalanan bagaimana.
Dulu semasa sebelum SPM yana bercita,-cita untuk menjadi seorang peguam. Bagaimanapun, sebelum arwah mak meninggal dunia, mak ada pesan suruh jadi cikgu. Jadi planning sudah berubah.
Maka bermulalah planning baru. Selepas SPM nak sambung belajar jadi cikgu. Then tahun akhir nak kawin supaya takyah posting jauh-jauh apatah lagi di Sabah atau Sarawak. Kemudia nak beranak ramai-ramai sebelum umur 30 tahun. hehehe. Muda-muda lagi dah berangan kan. Masa tu umur 17 tahun.
Perancangan Allah Maha Hebat. Kita hanya planning dan usaha, Allah yang aturkan segalanya. Yana tamat SPM dengan keputusan 3A sahaja. Tu pun ambil SPM sebulan selepas arwah mak meninggal. Allah permudahkan jalan, dengan keputusan itu diterima masuk ke Kolej Matrikulasi Melaka.
Tamat Mtatrik dengan CGPA 3.68, rezeki menyebelahi yana lagi untuk menyambung pelajaran B.ScEd di Universiti Malaya. Disebabkan hidup sendiri dan kehidupan yang sosial dan terumbang ambing masa tu, Yana ambil keputusan untuk mencari suami. kahhhh. kelakar pula rasa. But yes ini cerita benar Masa jumpa En.Aiman (suami yana) terus rasa ok dia ni sesuai dijadikan SUAMI. semasa itu yana berumur 21 dan abang berumur 27. ngam lah kan. Kami bernikah selepas 4 bulan perkenalan.
Berkahwin semasa Sem 1, Tahun 3. Yana sudah mempunyai seorang anak semasa di Tahun 4. Alhamdulillah menamatkan pelajaran dengan CGPA cukup-cukup makan (sebab banyak main-main sebelum kenal abang dulu) Allah bantu lagi, Yana dapat posting sebagai guru di daerah kelahiran. di Johor Bahru. Alhamdulillah. sekali lagi Allah bantu dan permudahkan urusan.
Suka duka sama-sama yana dan suami tempuhi. Dari naik bas, hingga punya motor, beli kereta 2nd hand, beli Alza, beli rumah dan Beli Vellfire sama-sama hadap. Dia lap air mata yana. Yana lap air mata dia. haha. Suami dan isteri perlu sama-sama kuat lagi-lagi bila berkahwin muda. InshaaAllah semuanya mudah.
Dan tahun ini, dikala umur bakal menjejak 30 tahun, yana bakal melahirkan anak ke 6 hujung tahun ini. sangattt lah mengikut plan kan.. hahaha. Alhamdulillah. Ramai yang tanya bagaimana yana menjaga anak, jawabnya mudah. Ikut sahaja gerak hati. Yana bukanlah ibu yang perfect. Kadangkala anak-anak pakai pampes atau seluar katok sahaja dirumah. haha. Mandi sekalu harung, suap kan makan sekali harung. beri susu sekali harung dan tidurkan sekali harung. Penat tapi mudah dan bahagia. Dan of kos hari-hari melatih vokal. hahaa.
Yes umur 30 tahun anak 6..! itulah yana. dan yana bangga dengannya. Sungguh perancangan Allah itu lebih sempurna
psttt: ibu-ibu sila amalkan supplemen supaya ibu kekal sihat dan bertenaga.
Dapatkan supplemen untuk ibu-ibu hebat seperti yana. Hubungi yana untuk consultation.
Master Lyana Mansor
fb:Lyana Mansor
page:Lyana: Kedai Sihat Saya
Sms|Whatsapp|telegram: 012-7470856
Feb 21, 2015
Masalah Kesuburan, Kehamilan yang dinanti
Assalammualaikum semua
Alhamdulillah. Agak mengejutkan tapi yes.. Yana mengandung lagi..! Anak ke 6.
Terkejut tak? Terkejut tak? hahaha
Alhamdulillah. Ramai yang berusaha untuk hamil di luar sana tetapi diri ini sangat lah mudah untuk hamil. Ia adalah satu rahmat untuk seorang wanita apabila mudah hamil.
Tetapi bagaimana pula wanita yang sukar hamil?
Untuk adik-adik dan kakak-kakak di luar sana, jangan bersedih jika anda belum hamil. Selepas 1 tahun perkahwinan, tetapi masih belum dikurniakan zuriat, pastikan anda lalukan langkah-langkah berikut.
BUAT PEMERIKASAAN DOKTOR
Jumpa lah doktor pakar untuk memastikan tahap kesihatan anda. Pujuk lah suami untuk menjalani pemeriksaan juga.
LAKUKAN PEMERIKSAAN HORMON
Jika secara fizikal tiada masalah, lakukan pemeriksaan paras hormon anda dan suami. Ini penting supaya anda berdua tahu apa langkah seterusnya yang perlu diusahakan.
JALANI RAWATAN
Jika pemeriksaan mendapati terdapat kekurangan kandungaan hormon pada anda atau suami, jalanilah rawatan hormon samada melalui pil atau suntikan. Rawatan kesuburan yang disyorkan oleh doktor seperti IUI, Penggunaan Pil Hormon dan IVF juga boleh dicuba bergantung kepada bajet anda.
MASALAH KESUBURAN
Terdapat juga beberapa masalah kewanitaan yang kebelakangan ini sering menghantui wanita. Contohnya PCOS, CYST, FIBROID, ENDOMETRIOSIS. Sila dapatkan rawatan jika anda mempunyai masalah berikut.
KURANGKAN TEKANAN
Normal lah untuk orang luar akan bertanya "Bila nak dapat anak?"
Tekanan datang bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam. Samada keluarga,, suami atau diri sendiri. Pastikan anda kurangkan tekanan. Jangan stress kerana ia akan memburukkan lagi masalah kesuburan dan mengganggu rawatan anda.
KURANGKAN BERAT BADAN
Dalam kebanyakan kes yang kami jumpa, wanita yang mempunyai berat badan berlebihan lebih berisiko untuk mempunyai masalah kesuburan. Jadi jika anda mempunyai masalah berat badan, berusahlah untuk kurangkan. Selain meningkatkan peluang kehamilan, anda juga sekaligus menyediakan diri dengan kondisi tubuh yang sesuai untuk hamil. (psttt. trust me.. kalau start hamil badan dah berat.. apatah lagi semasa akhir kehamilan nanti. penat tau)
AMALKAN PEMAKANAN SIHAT
Dari sekarang, anda dan suami perlu amalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan makanan berkolestrol tinggi terutamannya makanan segera. Makan lah banyak sayuran hijau dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan gula, minyak dan lemak lagi-lagi jika keluarga anda mempunyai sejarah diabetes dan darah tinggi. Tahukah anda, apabila hamil,, risiko untuk mengalami darah tinggi atau kencing manis juga tinggi. Lebih-lebih lagi untuk anda yang tidak menjaga pemakanan.
AMBIL FOLIC ASID DAN ZAT BESI
Sediakan juga tubuh anda dengan nutrisi asas untuk kehamilan dan pembentukan bayi. Supplemen asid folik penting untuk pembentukan tiub nueral dan mengelakkan kecacatan bayi. Zat besi pula penting untuk pembentukan sel darah merah. Apabila anda hamil, sedari mula lagi, peredaran darah akan berganda, pada tubuh sendiri, disalurkan kepada tali pusat dan plasenta(uri) dan seterusnya kepada bayi.
DOA DAN USAHA
Jangan berhenti untuk berdoa supaya dikurniakan zuriat. Berdoalah bersama-sama suami. Minta ibu dan ayah serta mertua doakan juga. Dan sangat disyorkan jika anda bersama suami setiap 2 hari sekali. hehe.
BERSEDIA
Banyak kes yang yana jumpa, suami dan isteri sebenarnya masih belum bersedia untuk mempunyai anak. Samada sibuk dengan urusan kerjaya atau masih belum puas enjoy kehidupan sebagai suami isteri, atau masih belum bersedia untuk menjadi ayah dan ibu. Tanya diri anda dan suami, apakah anda sudah bersedia? Ingat, anak itu amanah Allah. Allah akan beri bila sampai masanya nanti.
Disamping usaha-usaha mendapatkan rawatan, anda juga boleh mencuba rawatan alternatif. Banyak testimoni SET KESUBURAN SHAKLEE yang telah berjaya.
Rawatan menggunakan SUPPLEMEN sudah tentu mengambil masa. Dan, Yana cadangkan anda dan suami sama-sama mengamalkan supplemen yang disyorkan.
Supplemen apa yang sesuai untuk anda?
Hubungi yana untuk consultation.
Master Lyana Mansor
fb: Lyana Mansor
page: Lyana: Kedai Sihat Saya
SMS|Whatsapp| Telegram: 012-7470856
InshaaAllah Yana akan bantu anda dan sama-sama kita usahakan mendapat Kehamilan yang Dinanti.
Jan 8, 2015
Sel kanser tak aktif selepas minum Vivix
Assalammualaikum
Apa khabar u olls semua
Beberapa hari lepas kami dok cerita-cerita pasal vivix. Seorang leader yana share.. Sel kanser di paru-paru sahabat beliau dah tak aktif selepas consume VIVIX.
Alhamdulillah. sebenarnya memang banyak testimoni Vivix untuk pesakit kanser. Ada seorang pakcik yang yana pernah jumpa mengalami KANSER OTAK dan telah sembuh.
Ramai juga yang kata VIVIX ni mahal. hmmm. sebenarnya kos membeli VIViX lebih murahh dari rawatan kanser dan of kos NYAWA ITU LEBIH BERHARGA.. Dan berita baik Bulan ni PrOMo VIVIX tau. jadi jika anda nak cuba VIVIX atau nak hadiahkan pada suami atau ibu bapa.. ini lah masa yang tepat..!
macam biasa. nak dapatkan VIVIX anda sila hubungi yana ye.
Lyana mansor
fb: lyana mansor SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856
POPULAR POST
-
Hai semua... hari ni en.Adam cuti... jadinye hari ni aku pun terrajin..masak nasi lemak untuk makan satu hari ni dr pagi sampai ke malam...k...
-
As salam kawan2 semua.. Post kali ini yana dedikasi untuk semua ibu2 diluar sana.. ok hari ni yana nak share kan satu kaedah urutan yang ...
-
Sumber asal 17kelebihan zinc di bwh ini saya petik dari blog Su. . Thanks dear for the info sharing. actually dia cerita tentang masalah ...