Maka disebabkan aku takda meja nak menjahit (selalu tumpang meja kopi) jadi aku makeover meja ni.
So aku bersihkan dan balut dengan wallpaper Mr.DIY. dan selera lahhh sikit nak buat kerja..hihihi
![]() |

Assalamamualaikum
Sejak dari yana sekolah menengah lagi memang dah set plan kehidupan. Dah rancang nak atur perjalanan bagaimana.
Dulu semasa sebelum SPM yana bercita,-cita untuk menjadi seorang peguam. Bagaimanapun, sebelum arwah mak meninggal dunia, mak ada pesan suruh jadi cikgu. Jadi planning sudah berubah.
Maka bermulalah planning baru. Selepas SPM nak sambung belajar jadi cikgu. Then tahun akhir nak kawin supaya takyah posting jauh-jauh apatah lagi di Sabah atau Sarawak. Kemudia nak beranak ramai-ramai sebelum umur 30 tahun. hehehe. Muda-muda lagi dah berangan kan. Masa tu umur 17 tahun.
Perancangan Allah Maha Hebat. Kita hanya planning dan usaha, Allah yang aturkan segalanya. Yana tamat SPM dengan keputusan 3A sahaja. Tu pun ambil SPM sebulan selepas arwah mak meninggal. Allah permudahkan jalan, dengan keputusan itu diterima masuk ke Kolej Matrikulasi Melaka.
Tamat Mtatrik dengan CGPA 3.68, rezeki menyebelahi yana lagi untuk menyambung pelajaran B.ScEd di Universiti Malaya. Disebabkan hidup sendiri dan kehidupan yang sosial dan terumbang ambing masa tu, Yana ambil keputusan untuk mencari suami. kahhhh. kelakar pula rasa. But yes ini cerita benar Masa jumpa En.Aiman (suami yana) terus rasa ok dia ni sesuai dijadikan SUAMI. semasa itu yana berumur 21 dan abang berumur 27. ngam lah kan. Kami bernikah selepas 4 bulan perkenalan.
Berkahwin semasa Sem 1, Tahun 3. Yana sudah mempunyai seorang anak semasa di Tahun 4. Alhamdulillah menamatkan pelajaran dengan CGPA cukup-cukup makan (sebab banyak main-main sebelum kenal abang dulu) Allah bantu lagi, Yana dapat posting sebagai guru di daerah kelahiran. di Johor Bahru. Alhamdulillah. sekali lagi Allah bantu dan permudahkan urusan.
Suka duka sama-sama yana dan suami tempuhi. Dari naik bas, hingga punya motor, beli kereta 2nd hand, beli Alza, beli rumah dan Beli Vellfire sama-sama hadap. Dia lap air mata yana. Yana lap air mata dia. haha. Suami dan isteri perlu sama-sama kuat lagi-lagi bila berkahwin muda. InshaaAllah semuanya mudah.
Dan tahun ini, dikala umur bakal menjejak 30 tahun, yana bakal melahirkan anak ke 6 hujung tahun ini. sangattt lah mengikut plan kan.. hahaha. Alhamdulillah. Ramai yang tanya bagaimana yana menjaga anak, jawabnya mudah. Ikut sahaja gerak hati. Yana bukanlah ibu yang perfect. Kadangkala anak-anak pakai pampes atau seluar katok sahaja dirumah. haha. Mandi sekalu harung, suap kan makan sekali harung. beri susu sekali harung dan tidurkan sekali harung. Penat tapi mudah dan bahagia. Dan of kos hari-hari melatih vokal. hahaa.
Yes umur 30 tahun anak 6..! itulah yana. dan yana bangga dengannya. Sungguh perancangan Allah itu lebih sempurna
psttt: ibu-ibu sila amalkan supplemen supaya ibu kekal sihat dan bertenaga.
Dapatkan supplemen untuk ibu-ibu hebat seperti yana. Hubungi yana untuk consultation.
Master Lyana Mansor
fb:Lyana Mansor
page:Lyana: Kedai Sihat Saya
Sms|Whatsapp|telegram: 012-7470856
Assalammualaikum semua
Alhamdulillah. Agak mengejutkan tapi yes.. Yana mengandung lagi..! Anak ke 6.
Terkejut tak? Terkejut tak? hahaha
Alhamdulillah. Ramai yang berusaha untuk hamil di luar sana tetapi diri ini sangat lah mudah untuk hamil. Ia adalah satu rahmat untuk seorang wanita apabila mudah hamil.
Tetapi bagaimana pula wanita yang sukar hamil?
Untuk adik-adik dan kakak-kakak di luar sana, jangan bersedih jika anda belum hamil. Selepas 1 tahun perkahwinan, tetapi masih belum dikurniakan zuriat, pastikan anda lalukan langkah-langkah berikut.
BUAT PEMERIKASAAN DOKTOR
Jumpa lah doktor pakar untuk memastikan tahap kesihatan anda. Pujuk lah suami untuk menjalani pemeriksaan juga.
LAKUKAN PEMERIKSAAN HORMON
Jika secara fizikal tiada masalah, lakukan pemeriksaan paras hormon anda dan suami. Ini penting supaya anda berdua tahu apa langkah seterusnya yang perlu diusahakan.
JALANI RAWATAN
Jika pemeriksaan mendapati terdapat kekurangan kandungaan hormon pada anda atau suami, jalanilah rawatan hormon samada melalui pil atau suntikan. Rawatan kesuburan yang disyorkan oleh doktor seperti IUI, Penggunaan Pil Hormon dan IVF juga boleh dicuba bergantung kepada bajet anda.
MASALAH KESUBURAN
Terdapat juga beberapa masalah kewanitaan yang kebelakangan ini sering menghantui wanita. Contohnya PCOS, CYST, FIBROID, ENDOMETRIOSIS. Sila dapatkan rawatan jika anda mempunyai masalah berikut.
KURANGKAN TEKANAN
Normal lah untuk orang luar akan bertanya "Bila nak dapat anak?"
Tekanan datang bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam. Samada keluarga,, suami atau diri sendiri. Pastikan anda kurangkan tekanan. Jangan stress kerana ia akan memburukkan lagi masalah kesuburan dan mengganggu rawatan anda.
KURANGKAN BERAT BADAN
Dalam kebanyakan kes yang kami jumpa, wanita yang mempunyai berat badan berlebihan lebih berisiko untuk mempunyai masalah kesuburan. Jadi jika anda mempunyai masalah berat badan, berusahlah untuk kurangkan. Selain meningkatkan peluang kehamilan, anda juga sekaligus menyediakan diri dengan kondisi tubuh yang sesuai untuk hamil. (psttt. trust me.. kalau start hamil badan dah berat.. apatah lagi semasa akhir kehamilan nanti. penat tau)
AMALKAN PEMAKANAN SIHAT
Dari sekarang, anda dan suami perlu amalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan makanan berkolestrol tinggi terutamannya makanan segera. Makan lah banyak sayuran hijau dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan gula, minyak dan lemak lagi-lagi jika keluarga anda mempunyai sejarah diabetes dan darah tinggi. Tahukah anda, apabila hamil,, risiko untuk mengalami darah tinggi atau kencing manis juga tinggi. Lebih-lebih lagi untuk anda yang tidak menjaga pemakanan.
AMBIL FOLIC ASID DAN ZAT BESI
Sediakan juga tubuh anda dengan nutrisi asas untuk kehamilan dan pembentukan bayi. Supplemen asid folik penting untuk pembentukan tiub nueral dan mengelakkan kecacatan bayi. Zat besi pula penting untuk pembentukan sel darah merah. Apabila anda hamil, sedari mula lagi, peredaran darah akan berganda, pada tubuh sendiri, disalurkan kepada tali pusat dan plasenta(uri) dan seterusnya kepada bayi.
DOA DAN USAHA
Jangan berhenti untuk berdoa supaya dikurniakan zuriat. Berdoalah bersama-sama suami. Minta ibu dan ayah serta mertua doakan juga. Dan sangat disyorkan jika anda bersama suami setiap 2 hari sekali. hehe.
BERSEDIA
Banyak kes yang yana jumpa, suami dan isteri sebenarnya masih belum bersedia untuk mempunyai anak. Samada sibuk dengan urusan kerjaya atau masih belum puas enjoy kehidupan sebagai suami isteri, atau masih belum bersedia untuk menjadi ayah dan ibu. Tanya diri anda dan suami, apakah anda sudah bersedia? Ingat, anak itu amanah Allah. Allah akan beri bila sampai masanya nanti.
Disamping usaha-usaha mendapatkan rawatan, anda juga boleh mencuba rawatan alternatif. Banyak testimoni SET KESUBURAN SHAKLEE yang telah berjaya.
Rawatan menggunakan SUPPLEMEN sudah tentu mengambil masa. Dan, Yana cadangkan anda dan suami sama-sama mengamalkan supplemen yang disyorkan.
Supplemen apa yang sesuai untuk anda?
Hubungi yana untuk consultation.
Master Lyana Mansor
fb: Lyana Mansor
page: Lyana: Kedai Sihat Saya
SMS|Whatsapp| Telegram: 012-7470856
InshaaAllah Yana akan bantu anda dan sama-sama kita usahakan mendapat Kehamilan yang Dinanti.
Assalammualaikum
Apa khabar u olls semua
Beberapa hari lepas kami dok cerita-cerita pasal vivix. Seorang leader yana share.. Sel kanser di paru-paru sahabat beliau dah tak aktif selepas consume VIVIX.
Alhamdulillah. sebenarnya memang banyak testimoni Vivix untuk pesakit kanser. Ada seorang pakcik yang yana pernah jumpa mengalami KANSER OTAK dan telah sembuh.
Ramai juga yang kata VIVIX ni mahal. hmmm. sebenarnya kos membeli VIViX lebih murahh dari rawatan kanser dan of kos NYAWA ITU LEBIH BERHARGA.. Dan berita baik Bulan ni PrOMo VIVIX tau. jadi jika anda nak cuba VIVIX atau nak hadiahkan pada suami atau ibu bapa.. ini lah masa yang tepat..!
macam biasa. nak dapatkan VIVIX anda sila hubungi yana ye.
Lyana mansor
fb: lyana mansor SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856
Vitamin C untuk Masker